Bangunan Sekolah
May 17, 2009Public
Photo: Plan menunjukkan kedudukan bangunan mengikut huruf-huruf. A=Bangunan Amanah, B= Bangunan Taqwa, C= Bangunan Iman, D=Bangunan Ibnu Kathir, E=Pejabat Hidayah, F Kompleks Surau & Tahfiz Ibnu Masud, G=Kantin, H=Asrama Lelaki, I=Bangunan As-Syafi'e, J=Bangunan al-Qurtubi, K=Bangunan as-Sayuti, L=Bangunan Zainab al-Ghazali, M=Asrama Perempuan, N=Asrama Lelaki
Photo: PANDANGAN HADAPAN. Banner pintu masuk utama ke sekolah. SRIH & SMIH beroperasi di tapak yang sama tetapi terbahagi kepada 2 kawasan yang berasingan.
Photo: PINTU UTAMA. Pintu masuk utama ke Sekolah Islam Hidayah.  Anda perlu mendapat kebenaran dari jaga di Pondok Pengawal (bangunan kuning kiri) sebelum masuk ke kawasan sekolah.
Photo: BANGUNAN AMANAH.  Bangunan 4 tingkat ini mula di bina pada tahun akhir tahun 1998 dan mula digunakan pada awal 2002 . Pembinaannya menelan belanja RM 1.6 juta.  Digunakan oleh SRIH.  Menempatkan bilik pengajian, bilik guru, dewan Badar.
Photo: Suasana sekolah ketika bulan kemerdekaan. Gambar pada Ogos 2011
Photo: Bangunan Amanah di celah-celah rimbunan pokok yang menghijau. Gambar diambil pada Disember 2010.
Photo: Bangunan Amanah (4 tingkat) di sebalik rimbunan pohon-pohon di Hidayah. Gambar diambil pada Disember 2010.
Photo: BANGUNAN TAQWA. Dibina pada tahun 1998.  Digunakan oleh SRIH.  Mengandungi Kedai SRIH, perpustakaan, makmal sains, makmal komputer, bilik percetakan dan bilik pengajian tahun 1. Gambar ini diambil pada Mei 2009.  Kawasan lapang sebelah kiri gambar ini kini dibangunkan menjadi tempat rehat pelajar SRIH. Lihat gambar berikutnya.
Photo: Setiap sudut di Hidayah cuba dimanfaatkan untuk kemudahan pelajar.
Photo:
Photo: Suasana pada Disember 2010. Kawasan rehat pelajar SRIH. Sebelah kiri bangunan Taqwa (Kedai SRIH) dan kanan Bangunan Amanah (4 tingkat). Gambar ini diambil dari arah bertentangan dari gambar sebelum ini.
Photo: Kawasan rehat pelajar SRIH. Keadaan pada Disember 2010. Kanan Bangunan Taqwa (kedai SRIH) dan kanan Bangunan Amanah (4 tingkat).
Photo: Pelajar tahun 1 SRIH sedang menunggu giliran untuk mengambil wudu'  Sebagai persiapan menunaikan solat zohor.
Photo: Selain ruang rehat, kemudahan berwudu juga di sediakan di banyak tempat berasingan untuk mengelakkan kesesakan. Seramai kira-kira 1,000 orang pelajar akan mengambil wudu' dalam masa yang singkat kerana waktu solat zohor yang terhad masanya.
Photo: Suasana sekitar bangunan ini ketika hari pertama persekolahan bagi pelajar tahun 1. Kelihatan ibu bapa dan penjaga pelajar tahun 1 begitu perihatin di hari pertama persekolahan anak mereka di Hidayah. Gambar diambil pada Jan 2011.
Photo: Lagi suasana persekitaran bangunan Taqwa pada hari pertama persekolahan. Bangunan ini menempatkan kelas tahun 1 SRIH. Gambar diambil ketika hari pertama persekolahan pelajar tahun 1.
Photo: Pelajar tahun 1 SRIH menunggu giliran untuk membeli barang di Kedai SRIH.
Photo: Pelajar tahun 1 di hari pertama persekolahan. Gambar pada Januari 2011.
Photo: Guru dan pelajar mula berinteraksi di hari pertama.
Photo: Suasana tengahari sebelum solat zohor. Kelihatan pelajar bersiap menuju ke musolla untuk menunaikan solat zohor berjamaah.
Photo: Kawasan sekolah yang dipayungi pepohon besar menghasilkan suasana redup yang menjadikan pelajar selesa untuk berehat di mana-mana.
Photo: Suasana redup di persekitaran Hidayah.
Photo: Setiap hiasan yang direka cuba menghasilkan suasana tenang dan nyaman di Hidayah.
Photo: Puteri-puteri Hidayah sedap berehat sambil menikmati bekalan yang dibawa, sambil duduk di bawah rimbunan pepohon menghijau.