Hidayah Sepintas Lalu
May 19, 2009Public
Photo: Sekolah Islam Hidayah bermula dengan penubuhan Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) pada tahun 1989.  Mula beroperasi dengan 12 orang pelajar dan 4 orang guru di sebuah rumah teres kediaman di Skudai, Johor Bahru.
Photo: Pada tahun ke 2, pelajarnya telah meningkat  kepada 65 dan ini memaksa operasi SRIH dipindahkan ke tempat lain di sebuah rumah banglo di Taman Dawani, Senai, Johor.
Photo: Pada tahun ke 3 beroperasi (1991) SRIH telah berpindah ke tapak tetapnya di Kg Sinaran Baru, Skudai, Johor.  Tenaga kerja ketika itu seramai 11 orang, mendidik pelajar ketika itu seramai 87 orang.
Photo: Bangunan ini asalnya adalah rumah kongsi pekerja binaan UTM semasa pembinaan awal kampus tersebut.  Dua buah bangunan sumbangan UTM itu telah dibuka dan dibina semula di SRIH.
Photo: Sejak berpindah ke tapak tetapnya, SRIH semakin dikenali ramai dan menjadi antara pilihan ibu bapa mendapat pendidikan anak-anak bukan sahaja di  Johor Bahru, malah juga antarabangsa.  Pejabat Hidayah (kiri).
Photo: Sejak mula beroperasi di tapak baru (1989) sehingga 2007, pentadbiran Hidayah hanya dikendalikan di bangunan usang dan serba kekurangan ini.  Di atas tapak ini jugalah Pejabat Hidayah yang baru dibina.
Photo: PEJABAT HIDAYAH.  Bangunan ini mula digunakan pada tahun  2007.  Menempatkan semua urusan pentadbiran sekolah rendah dan menengah.
Video: Pejabat Hidayah yang baru mula digunakan pada tahun 2007.
Photo: Hidayah mengukir sejarah tersendiri apabila membina bangunan 4 tingkat, sepenuhnya hasil sumbangan orang ramai. Mengambil masa pembinaan selama 2 tahun.  Mula dibina pada akhir 1999 dan mula digunakan pada awal 2002.
Photo: Bangunan 4 tingkat itu kini tersergam gagah menanamkan rasa izzah di hati anak-anak Hidayah untuk terus berusaha memburu kejayaan dan bersaing dengan pelajar-pelajar dari sekolah ternama.
Photo: Sekolah Islam Hidayah ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah ( BOT ) yang didaftarkan di bawah Pendaftar Syarikat (ROC) atas nama Pusat Pendidikan Hidayah Berhad (PPH), selaku pemilik kepada sekolah.  PPH didaftarkan sebagai "non profit making company".  BOT berperanan menentukan dasar dan polisi PPH. Gambar di atas adalah barisan BOT Hidayah.
Photo: Urusan pentadbiran harian sekolah pula dikendalikan  oleh Lembaga Pengelola Hidayah (LPH). Gambar di atas adalah barisan LPH.
Photo: Wajah-wajah bersih anak-anak di hari pertama menjadi warga Hidayah. Pelajar tahun 1 SRIH 2007.  Siapa sangka mereka bakal melakar kegemilangan bersama Hidayah?
Photo: Di peringkat awal lagi anak-anak ditanamkan displin yang tinggi. Syabab & Fatayat berperanan mendisplinkan pelajar. Pasukan beruniform SRIH semasa aktiviti ko kurikulum hari Sabtu di Dataran SRIH.
Photo:
Photo:
Photo: Anak-anak di SRIH dilatih diperingkat awal untuk sentiasa bertanding dan mengenal potensi diri.  Memupuk pertandingan di peringkat awal membolehkan mereka berusaha bersungguh-sungguh.
Photo: Sukan tahunan antara akviti yang menyerlahkan banyak bakat-bakat dalam sukan.  Hidayah sentiasa memberi peluang kepada pelajarnya untuk bertanding diperingkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Photo: Hasilnya ramai anak-anak Hidayah mampu bersaing dalam berbagai pertandingan sukan. Antaranya Farhan Hilmy Mohd Razman (berbaju oren) telah terpilih untuk mewakili negeri Johor ke Kejohanan Bowling Sepuluh Pin Peringkat Kebangsaan yang diadakan di MITC Melaka pada 27 April 2010
Photo: Anak-anak Hidayah juga mampu menjadi juara dalam bola sepak. Antaranya Johan Pertandingan Bola Sepak Bawah 18 Tahun, peringkat MSSD Johor Bahru 2010.
Photo: Nama Sekolah Islam Hidayah mula digeruni dalam bidang memanah setelah menunjukkan keupayaan menyapu bersih ketika MSSD 2010 dan mula memberi impak di dalam MSSJ dan Sirkit Tertutup. Moga adik2 ini terus mengharumkan nama Hidayah apatah lagi usia mereka yang masih muda berbanding pihak lawan. Tahniah kepada Hidayah khususnya Ustaz Ezaidin dan Ustaz Omar yang begitu komited dalam keadaan serba kekurangan. 

Dari kiri Muhammad Ariff Haikal Ezaidin (tahun 4), Muhammad Imran Ahmad Hisham (tahun 6), Abdullah Marwan Md Khair (tahun 5). Mereka  telah mengharumkan nama Hidayah dengan pencapaian cemerlang mereka. Untuk rekod, ketiga-tiga mereka adalah wakil Daerah Johor Bahru ke MSSJ yang berlangsung pada pertengahan tahun 2010 di Kolej  Matrikulasi Johor. Untuk rekod juga, adik Abdullah Marwan Md Khir adalah pemanah Negeri Johor ke MSSM setelah beliau memenangi Perak ketika MSSJ.

Gambar di atas adalah wakil pemanah Hidayah bersama pingat mereka dalam Kejohanan Memanah Tertutup Remaja Johor Sirkit 2.
Photo: Pelajar Hidayah akan terus dilatih memburu kejayaan. Syabab SMIH mengikuti aktiviti mingguan hari Sabtu, SMIH.
Photo: Walaupun payah, kejayaan boleh dicapai dengan kemesraan & ukhuwah. Pelajar SMIH semasa menjalani aktiviti ko kurikulum Syabab dan Fatayat hari Sabtu.
Photo: Pada 20 Oktober 2007, Lembaga Pengarah MUSLEH telah bersetuju mengambil Kadet Remaja Sekolah (KRS) Malaysia sebagai aktiviti kokurikulum bagi semua SRI-SMI di bawah naungannya. Oleh itu, nama Pergerakan Syabab dan Fatayat Malaysia (PSFM) di SRI-SMI telah digantikan dengan nama KRS MUSLEH dengan mengekalkan falsafah, konsep, isi kandungan dan semua syiar asasi PSFM. Surat KPM bertarikh 21 Januari 2008 telah mengesahkan bahawa MUSLEH menjadi badan gabungan KRS peringkat kebangsaan bagi semua SRI-SMI yang bernaung di bawahnya.